Sunday, April 18, 2010

abah..


abah..
melalui redup matamu
aku dapat melihat
keperitan yang engkau alami
namun tidak pernah kau
merungut di hadapanku
kau memerah keringat untuk mencari rezeki
untuk menyara keluarga
untuk membiayai persekolahanku
begitu besar pengorbananmu abah..
namun aku tahu..
jauh di lubuk hatimu terselit rasa kecewa..
kecewa melihat aku
yang tidak pernah menghargaimu..
begitu mulia hatimu abah..
sanggup mengikat perut
supaya aku tidak perlu berlapar..
supaya aku memperoleh segala keperluan
namun aku...
bersenang-lenang membazirkan wang
yang diberi olehmu..
dengan perkara2 yang tidak berfaedah..
di saat itu keringatmu yang tumpah ke bumi,
ku sia2kn sahaja...
tidak pernah terlintas difikiranku walau sesaat
untuk mengingatimu abah..
apakah yang menjadi santapanmu hari ini?
adakah makanan itu cukup untuk mengisi kekosongan perutmu?
maafkan aku abah...
sesungguhnya aku amat berdosa..
berdosa kerana...
menyakiti hatimu
mengguris perasaanmu
menghancurkan harapanmu...
aku alpa dengan keseronokan dunia
aku leka dengan masa remajaku
maafkan aku abah..
kerana tidak mampu menjadi
anak kebanggaanmu...
aku akui..
memang sukar untuk berubah
tetapi..
akan aku buktikn padamu
bahawa aku mampu berjaya
seperti org lain..
agar suatu hari nanti
akan aku lihat sinar kegembiraan
terpancar di wajahmu...
agar kau berbangga
denganku..
dengan kejayaanku...

> sajak ney aku wat khas untuk abah aku yg t'cnta..time aku wat ney,mmg aku rndu gla kt abah aku..maklumla dok asrama..hehe
abah..u r da bez daddy in da world!! luv u so much dad! <

No comments:

Post a Comment